5 x Episod Penuh | ⭐ Bing: Episod Terbaik ⭐ Bing Bahasa Melayu | Bing Bahasa Melayu

Published 2024-06-25
➡️ LANGGAN untuk lebih banyak Bing: bit.ly/BingBahasaMelayu ⬅️

5 x Episod Penuh | ⭐ Bing: Episod Terbaik ⭐ Bing Bahasa Melayu | Kartun untuk anak-anak

00:00 Hati
Bing dan Sula sedang meletakkan pelekat berbentuk hati pada barang-barang kesukaan mereka di sekitar rumah. Bing mendapat pelekat berwarna jingga kerana Sula tahu itu warna kesukaanya. Sula kemudian memutuskan yang semua barang di bilik tidur Bing adalah kesukaanya malah turut diletakkan pelekat pada Hoppity Voosh juga! Bing rasa sedih kerana Hoppity adalah yang paling paling dia suka dan dia tidak mahu berkongsi. Dapatkah Sula mencari jalan untuk membuatkan Bing berasa lebih baik?

06:23 Pokok
Bing, Pando dan Flop sedang melihat tukang gali menanam pokok di taman. Mereka kemudian berlari ke kawasan pasir untuk berpura-pura menjadi tukang gali dan lori pengorek yang sedang bersedia untuk menanam pokok yang sangat besar. Pando terlupa di mana lubang untuk tanam pokok dan dia asyik menolak pasir ke dalam lubang Bing. Mereka kemudian sedar yang jika mereka berkerjasama, mereka akan dapat gali lubang yang sangat besar untuk tanam pokok yang paling besar. Adakah Flop dapat membantu mereka apabila mereka menyedari yang mereka tiada pokok besar untuk ditanam?

12:46 Kotak makanan
Bing, Pando dan Sula sedang bermain permainan ‘sama sepadan’ di tempat jagaan Amma. Apabila tiba waktu makan tengahari, Bing tunjukkan kepada Pando dan Sula bekas makan tengahari Hoppity Voosh-nya yang baru! Tetapi Pando juga ada yang serupa- SEPADAN! Mula-mula memang rasa seronok apabila sama, tetapi kemudian, Bing dan Pando tertukar bekas dan dapat makanan yang salah.

19:09 Menjaga Flop
Flop sakit jadi Bing beritahu Flop yang dia ingin menjaganya. Jadi... Bing membantu Flop untuk buatnya rasanya lebih selesa di sofa dengan memberikan bantal dan selimut, malah Bing berikan juga Hoppity Voosh dengan harapan ia dapat membantu Flop merasa lebih baik. Bing kemudian memutuskan untuk buatkan Flop air lemon madu, tetapi macam agak susah untuk dibuat.

25:32 Membakar
Bing dan Flop sedang membakar biskut halia arnab untuk Charlie dan Coco. Tetapi apabila mereka berdua sampai, Charlie buang air besar dengan banyak! Semasa membersihkan Charlie, tidak ada yang mendengar Chickie, si penjaga masa berbunyi untuk memberitahu mereka yang biskut sudah masak. Adakah mereka dapat menikmati biskut arnab halia mereka?

*****

Tonton lebih banyak daripada Bing:
▶️ Bing: Episod Terbaik: bit.ly/BingEpisodTerbaik
▶️ Bing: Episod Penuh: bit.ly/BingEpisodPenuh
▶️ Bing: Kompilasi Episod Penuh: bit.ly/BingKompilasiEpisodPenuh
▶️ Bing: Bit Terbaik: bit.ly/BingBitTerbaikMalayu
▶️ Bing: Episod Double: bit.ly/BingEpisodDouble

#bingMelayu
#bingEpisod

*****

🎮 "Bing: Let's Play" app (Google Play, Apple & Amazon stores) onelink.to/bingapps

*****

Youtube rasmi Bing Bahasa Melayu – tempat tinggal buat Bing, Sula, Flop, Pando dan kesemua rakan-rakan mereka.

Bing ialah seorang kanak-kanak prasekolah sejati yang suka bermain dengan rakan-rakannya. Dia sangat berminat untuk mencuba perkara-perkara baru, dan dia selalu bersemangat untuk melayari kehidupan! Bing penuh dengan perasan ingin tahu, positif dan ikhlas, dan oleh kerana dia masih kecil, dia sering melalui banyak perkara buat pertama kalinya.Benar, adakalanya dia mendapat benjolan kecil, atau tertumpahkan sesuatu, atau mengalami kekecewaan yang tidak dijangkakannya, tetapi pada saat-saat itulah, Bing dapat mengenal emosinya! Di sisi Bing ada Flop, seseorang yang membawa bersamanya kesabaran, kasih sayang dan kebaikan, dan seseorang yang selalu membuatkan sesuatu menjadi lebih baik.

Duduk dan nikmati klip-klip hebat bersama kompilasi-kompilasi bertema yang menyeronokkan – ditambah dengan video muzik yang direka untuk menggerakkan dan menggembirakan Bingsters di seluruh dunia. Ia adalah gaya Bing!

➡️ Laman web: www.bingbunny.com/
➡️ Instagram: www.instagram.com/BingBunny
➡️ Facebook: www.facebook.com/BingBunny



© ACAMAR FILMS LIMITE