Bekas Jurufoto Utusan Jual Aiskrim Guna Buah-Buahan Segar | Aiskrim PopsLab Malaysia

125,386
0
Published 2024-06-20
📍Aiskrim PopsLab Malaysia
📞 +60 18-667 6096
📸 Instagram www.instagram.com/aiskrimpopslab/
www.wasap.my/60186676096/popslab

Bekerja sebagai jurufoto di Utusan Malaya sebelum diberhentikan secara mengejut disebabkan syarikat jatuh bangkrap. Terpaksa menjual pelbagai peralatan mengambil gambar seperti kamera dan lensa untuk meneruskan kehidupan. Pembuatan Aiskrim di rumah ini telah memberi nafas baru untuk mencari rezeki dan menyara keluarga. Jom tonton bagaimana aiskrim dengan buah sebenar dibuat.

Destinasi TV adalah saluran digital yang mempersembahkan dokumentari mini mengenai kepelbagaian budaya, sejarah, dan tarikan tempatan di Malaysia. Kami membawa penonton menjelajahi keunikan makanan tradisional, kraf tangan yang memukau, dan pelbagai aspek budaya yang memperkaya warisan Malaysia. Setiap kisah kami sampaikan dilengkapi dengan penceritaan yang mendalam dan visual yang menarik, menjadikan setiap episod bukan sekadar tontonan, tetapi pengalaman yang mendidik dan menginspira

All Comments (21)
  • @mswong7434
    Walaupun saya Cina, saya sangat mengagumi Melayu begini. Tidak meraung terhadap kerajaan untuk meminta bantuan atau menyalah orang lain terhadap nasib mereka. Berusaha mencari jalan dan mengambil risiko untuk memperbaiki diri dan keluarganya.
  • @SamsonOhsem
    Ais krim lokal mcm ni harus dikembangkan ke Seluruh Malaysia.
  • Semoga brand2 buatan anak malaysia akan mudah didapati di kedai2 serata malaysia ❤ semoga diberkati dan dimurahkan rezeki Pops-Lab
  • Cuba masuk Petronas Semoga Allah permudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki..
  • Memang sedih bila dia cakap kena jual camera2 kesayangan dia. Insyallah yang lebih baik akan datang bro 🙏
  • @patskampis7847
    Ni slh satu sy suka tgok destinasi tv...sllu promot produk² bumiputra kita sndri...teruskn pjuangan destinasi tv...dan buat aiskrim pops lab ni moga makin bjaya dan mkin luas pasarkn produk anda
  • suka tgk masa dia masukkan aiskrim tu dalam plastik ngam semua masuk sekali.power R&D...Boleh try masuk kat stesen minyak petronas. Insyaallah ade rezeki di sana!
  • @Andy.Kobayashi
    Boleh dengar nada suara beliau berubah sikit masa cerita pasal jual kamera. Setelah bertahun-tahun berkhidmat akhirnya dijual untuk melangkah lebih jauh dalam bidang yang baru diceburi. Semoga suatu hari nanti Pops-Lab berjaya tembusi pasaran antarabangsa.
  • @roslanrusly6966
    korang kene beli...memang sedap...abam punya feberet tembikai... 100% rekemen 10/10 markah
  • @apaini9941
    Design Dan Rupa ice cream...mcm Dari overseas!! Rm2 dpt makan ice cream..Dgn buah2han sebenar Jenama besar terkenal pun..tak tau lau pakai buah2han sebenar atau sembang je lebih...kalau betul2 mesti Mahal... Tahniah...semoga maju lagi🎉🎉🎉🎊🙏🙏🙏
  • @Don-ow4ze
    Ni klau buat system vending machine ni mesti meletop sale, tinggal cari tempat strategic je
  • AISKRIM BMF 1. BERKUALITI 2. SEDAP 3. HALAL 4. RASA MEWAH HARGA MURAH 5. AYUH BELI JIKA JUMPA
  • @kobis79
    sangat memberi inspirasi..saya bekas jurufoto n video perkahwinan hampir 20 thn..skang lost x tau nak buat ape..dah keje n bisnes cam2 ended kena game..doakan saya berjaya nt....
  • @MrKencang87
    Alhamdulillah mmg setiap perkara ada hikmahnya. Terima kasih Destinasi TV keluarkan rancangan yg memberi semangat dan inspirasi macam ni Alhamdulillah
  • @sitiaidah9623
    Alhamdulillah ais krim halal yg dicari utk gantikan product aiskrim Israel.
  • @Moni_892
    Bagus terutamanya guna plastik transparent tu...betul2 berani .syabas!!! i like it. ... kepada peniaga melayu ambillah kesempatan berniaga makanan sebab nak dapat halal tu senang sikit berbanding dgn kaum kaum lain
  • @NazwanJamal
    Aiskrim PopsLab, We're in Pahang. We are waiting. 🙋‍♂
  • @amiramir-ds1gh
    Nmpk sedap...harap dpt dipasarkan ke stesen minyak petronas dgn bhp..kite support products bumiputera
  • @nabilezan7481
    Saya doakan abg dapat buka cawangan aiskrim setiap negeri🎉